Search This Blog

Wednesday, November 10, 2010

Kenapa Lelaki Selalu Mengalah Sebelum Bertanya?

Saudara, sebagai seorang lelaki pasti saudara pernah mempunyai hati atau masih lagi mempunyai hati terhadap seseorang perempuan namun anda memendam sahaja perasaan anda. Anda takut untuk meluahkan hati anda kerana anda terlalu gusar dengan perkataan penolakan yang akan diberi gadis-gadis yang anda cintai.  Anda terlalu takut untuk menghadapi penolakan-penolakan itu namun saudara sekalian, kosongkan minda anda, buka hati buka perasaan kerana anda tidak perlu takut untuk menghadapi perkara sedemikian. Kadangkala saudara, mereka hanya berkata sedemikian untuk memberi ujian samada anda serius atau hanya bermain-main dengan mereka. Mungkin di mulut mereka kata tak nak tapi dalam hati mereka teruja kerana anda meluahkan hati kepada mereka. jadi ini sedikit sebanyak tips untuk anda meluahkan hati anda:


  • pilih hari dan waktu yang sesuai kerana luahan hati akan menjadi sejarah dalam hidup anda nanti, sebolehnya pilih la waktu si dia tengah berasa tenang atau tidak berada dalam keadaan yang negatif
  • mulakan dengan berborak-borak kosong bagi menaikkan mood si dia, janganlah anda terus mulakan dengan I LOVE U kerana mungkin anda akan memeranjatkan si dia
  • aturkan ayat sebaik mungkin supaya anda berasa selesa
  • cuba menggunakan elemen kejutan supaya si dia berasa teruja semasa anda meluahkan
  • jika ditolak, jangan risau cuba lagi..

No comments:

Post a Comment