Search This Blog

Tuesday, September 28, 2010

Kenalan, Rakan, Kawan dan Sahabat


kita sentiasa menyebut perkataan kenalan, memberitahu seseorang yang kita kenal bahawa dia adalah rakan kita namun adakah kita faham maksud tersirat mengenai kenalan, rakan, kawan dan sahabat?
Sebenarnya setiap dari perkataan tersebut mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Kenalan
Kita mulakan dengan kenalan. Untuk sekadar pekongsian saudara dan saudari sekalian, kenalan merupakan seseorang yang kita tidak kenal secara berdepan ataupun kita tidak pernah berjumpa pun dengan dia, kita hanya mengenalinya melalui gambar ataupun internet sahaja. Ramai pada masa kini yang mengatakan sesorang yang hanya dikenali mereka di laman sosial seperti Facebook, MySpace dan sebagainya sebagai sahabat ataupun kawan namun sebenarnya mereka hanyalah kenalan anda sahaja. Sebagai kenalan sahaja, terdapat banyak batas yang perlu dijaga terutama dalam perkongsian maklumat peribadi antara anda dan mereka. Anda tidak sepatutnya berkongsi masalah mahupun apa-apa sahaja yang bersifat peribadi kerana anda tidak mengenali sepenuhnya siapakah rakan anda, apakah perangai sebenar mereka dan adakah mereka akan membantu anda atau hanya akan mempermainkan anda. Oleh itu anda perlu lebih mengawal perkongsian maklumat bersama kenalan anda



Rakan
Siapakah rakan? Rakan merupakan kawan kepada kawan anda. Mereka merupakan seseorang yang dikenali baik oleh kawan anda namun anda tidak mempunyai perhubungan secara terus bersama mereka. Rakan pada kebiasaannya diperkenalkan kepada anda secara langsung atau tidak langsung kepada anda oleh kawan-kawan anda dan kebiasaannya rakan senang bertukar statusnya kepada kawan. Rakan masih lagi seseorang yang agak asing kepada anda namun perkongsian maklumat anda dan mereka adalah melebihi apa yang boleh dikongsi antara anda dan kenalan. Pada kebiasaannya rakan merupakan seseorang yang mempunyai minat atau hobi yang sama dengan anda jadi anda secara umumnya akan berkongsi maklumat mengenai minat dan hobi anda itu. Namun begitu, peribadi anda masih lagi mempunyai batas untuk dikongsi bersama rakan

Kawan
Seterusnya kita beralih kepada kawan. Kawan merupakan sesorang yang baik dengan kita. Mereka mempunyai persamaan dari segi hobi, minat atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan diri anda. Mereka sentiasa ada disisi anda semasa anda senang mahupun anda susah. Setiap insan kebiasaannya mempunyai kawan semenjak mereka masih kecil lagi. Kehilangan seseorang kawan boleh mematahkan semangat seseorang insan kerana bagi seseorang insan kawan merupakan pelengkap kehidupan mereka. Namun harus diingat, terdapat juga kawan yang berkawan dengan anda hanya semata-mata demi kepentingan hidup mereka, jadi anda perlu berhati-hati walaupun anda menggelarkan seseorang itu adalah kawan anda kerana mungkin hari ini dia kawan anda, namun mungkin pada masa yang sama dia sedang membunuh anda. Sikap berhati-hati masih perlu ada walaupun mereka adalah kawan anda. Sebagai seorang kawan, anda boleh berkongsi perkara peribadi yang lebih sensitif seperti soal kekasih mahupun kewangan.

Sahabat
Sahabat merupakan seseorang yang amat rapat dengan anda seperti keluarga anda namun tidak mempunyai pertalian darah dengan anda. Susah mahupun senang, dia sentiasa memberikan semangat dan sentiasa mengambil berat tentang diri anda. Mereka tidak akan membiarkan anda bersedih mahupun murung kerana bagi mereka anda adalah begitu penting kepada mereka. Sahabat merupakan tempat anda untuk meluahkan segala permasahan dan suka duka anda.

No comments:

Post a Comment